“Sudah berakhir, tak boleh diselamatkan lagi” – Diana Danielle nekad mahu bercerai secara baik, tolak 4 tawaran Farid Kamil

“Sudah berakhir, tak boleh diselamatkan lagi” – Diana Danielle nekad mahu bercerai secara baik, tolak 4 tawaran Farid Kamil

Ditawar kereta Toyota Vellfire, barang kemas RM10,000, bayaran pendahuluan nafkah dan bayaran balik tiket umrah, tetapi pelakon Diana Danielle memilih untuk menolak semua pemberian itu daripada suaminya, Farid Kamil.

Peguam Syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, anak guamnya hanya mahukan Farid memberi amaun yang berpatutan serta nafkah kepada kedua-dua anak mereka sahaja.

“Anak guam tidak mahu apa-apa daripada Farid dan dia cuma minta dilepaskan secara baik. Cuma satu yang dia minta iaitu Farid tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada dua anakny selepas mereka bercerai,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Akberdin juga menjelaskan Diana tidak mahu menerima tawaran daripada Farid, sekali gus peluang untuk berdamai dan bersama semula sudah tiada lagi.

“Anak guam saya mahu bercerai dan menganggap perkahwinan di antara mereka sudah berakhir dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

“Terma penyelesaian muktamad ini bukan untuk mereka berbaik semula, tetapi ke arah perceraian. Saya sebagai peguam Diana sudah sampaikan kepada peguam Farid semalam. Penyelesaian ini kita akan muktamadkan dan kemukakan di mahkamah kemudian,” katanya.

Pagi tadi, Farid menawarkan empat tawaran bernilai RM319,700 itu kepada Diana agar rumah tangga mereka dapat diselamatkan dan dia tidak sabar untuk berjumpa dengan anak-anaknya.