“Sudah siap sepenuhnya” – Pelakon lelaki popular tak jadi kahwin, tunang ‘last minute’ pilih nikah penyondol

“Sudah siap sepenuhnya” – Pelakon lelaki popular tak jadi kahwin, tunang ‘last minute’ pilih nikah penyondol

Musnah harapan pelakon lelaki, Talha Harith mahu mengahwini tunangnya selepas wanita itu kantoi sudah menikahi lelaki lain.

Dengan rasa kecewa, Talha memberitahu persiapan untuk bernikah sudah siap sepenuhnya, namun bekas tunang pilih untuk kahwini lelaki lain.

Difahamkan, pelakon itu pernah menegur lelaki yang cuba menganggu hubungan mereka tetapi sama sekali tidak diendahkan.

Penyondol itu pula bila orang dah tegur patutnya tone down sikit. Ajak jumpa tak nak, takut.

Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Talha di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Kata Talha lagi, ibu kepada bekas tunang sangat terkejut apabila mengetahui anak perempuan sendiri pilih lelaki lain hingga menangis-menangis.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti turut bersimpati atas ujian yang dihadapi oleh pelakon itu ketika ini.