Sudah terang lagikan bersuluh, penafian Muhyiddin rumitkan lagi nasib Azam Baki
KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG PELANTIKAN DATUK SERI AZAM BAKI SEBAGAI KP SPRM BAHARU
PADA hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan dan melantik saya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 9 Mac 2020.
Pada kesempatan ini, saya ingin menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan Tuanku melantik saya ke jawatan ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mencadangkan nama saya Kebawah Duli Tuanku.
Selain daripada itu, saya mewakili seluruh warga SPRM mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan jasa Puan Latheefa Koya sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang ke-14 kerana telah berjaya memimpin SPRM dengan baik dan cemerlang.
DATUK SERI AZAM BAKI
KETUA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
9 MAC 2020