‘Sugar Burner’ atau ‘Fat Burner’, ketahui bagaimanakah cara untuk mengenalinya

‘Sugar Burner’ atau ‘Fat Burner’, ketahui bagaimanakah cara untuk mengenalinya

Pokcik dah habaq, tapi sebab ada orang bertanya, maka kita ulang.

“Pokcik, macam mana nak tau badan kita dah efisyen jadi fat burner?”

Cara paling simple nak tau badan kita boleh pakai lemak sendiri untuk tenaga, ialah begini:

1. Stop makan sebelum 8 malam
2. Minum air kosong saja dan jangan makan apa pun makanan.
3. Lihat pagi esok pukul 8am. Lapar teruk tak?

Sekiranya anda lapar teruk bersama simptom pening, craving, lesu, maka anda ialah Sugar Burner, bukan Fat Burner.

Orang yang jadi Fat Burner, dia relax takyah makan pun takpa sampai pukul 12 tengah hari. Kadang2 12 tengah hari tu pun dia rasa tak tentu nak makan ke tak. Tak merasa True Hunger lagi.

Ini adalah disebabkan badan dia burn lemak utk tenaga. Bukan gula. Namanya Nutritional Ketosis.

Cara untuk mendapat Nutritional Ketosis ni paling mudah ialah dengan melatih diri berpuasa atau buat Intermittent Fasting. Cara dengan pemakanan ialah melakukan Low Carb Diet atau Keto Diet. Mereka yang ajar badan kerap dalam mode Nutritional Ketosis akan jauh dari penyakit metabolik seperti Kencing Manis/Darah Tinggi/Penyakit Jantung. Kalau ada pun, akan pelan2 reverse balik kepada kesihatan yang lebih optimum.

Mereka yang pukul 8 pagi dah start lapar, sila berjaga2. Itu ialah tanda body anda sentiasa craving gula/karbo dan tidak tahu burn lemak dalam keadaan biasa. Ia TIDAK sihat lagi membawa anda kepada jurang penyakit metabolik.

I Have Spoken.

Sumber – FB Azril Nixam Jamaludin