Sukan!!! Barcelona kelab paling bernilai di dunia buat kali pertama dalam sejarah

Sukan!!! Barcelona kelab paling bernilai di dunia buat kali pertama dalam sejarah

MANCHESTER United turun ke tangga keempat dalam senarai kelab bola sepak paling bernilai menurut carta Forbes, manakala Barcelona pula naik ke tangga teratas untuk walaupun masih mempunyai hutang besar.

Ini bermakna Real Madrid diketepikan dari tangga teratas oleh pesaing La Liga mereka, Barcelona.

Bayern Munich berada di kedudukan ketiga, dengan lima kelab Liga Perdana Inggeris berada dalam kelompok 10 teratas.

Barcelona menduduki tempat teratas dalam senarai Forbes daripada 20 kelab bola sepak paling berharga di dunia untuk pertama kalinya.

Walaupun hutang kelab tersebut lebih dari £1 bilion, Barca telah mengalahkan Real Madrid yang turun ke kedudukan tempat kedua.

The Catalans dianggarkan bernilai £3.46 bilion, hanya mengatasi sedikit daripada penilaian dibuat terhadap Real Madrid iaitu sebanyak £3.45 bilion.

United kekal sebagai kelab Liga Perdana paling berharga dengan nilai £3.06 bilion, meskipun jatuh dari tempat ketiga ke tempat keempat, di belakang Bayern Munich pada £3.07 bilion.

Liverpool (£2.98 bilion), Manchester City (£2.91 bilion), Chelsea (£2.33 bilion) dan Arsenal (£2.04 bilion) turut tersenarai sebelum Paris Saint-Germain (£1.82 bilion) dan Tottenham (£1.67 bilion), sekali gus menunjukkan enam Kelab Liga Perdana mendominasi kedudukan 10 teratas.

Menurut kenyataan Forbes, nilai Liverpool telah meningkat sebanyak 88 peratus selama dua tahun terakhir, disebabkan mereka telah meraih gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Paris Saint-Germain berjaya memasuki carta 10 teratas menyaksikan Juventus tersingkir dari penilaian tahun 2020, membuatkan mereka jatuh ke tempat ke-11.

Everton (£479 juta), West Ham (£369 juta) dan Leicester (£331 juta) pula berada di kedudukan 20 teratas.

Leicester memasuki carta 20 teratas untuk pertama kalinya dengan berada di kedudukan ke-19, di atas juara Eredivisie, Ajax.

Borussia Dortmund, Atletico Madrid, Inter Milan, AC Milan, dan Roma adalah kelab lain yang juga berada dalam 20 teratas. – Mstar