Sukan!!! Liverpool jd mangsa belasahan pasukan tercorot liga

Sukan!!! Liverpool jd mangsa belasahan pasukan tercorot liga

Manchester United mengejutkan musuh ketat Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool 2-1 pada aksi di Old Trafford, hari ini, sekali gus menukar protes penyokong terhadap pemilik kelab, menjadi pesta yang jarang berlaku.

United mempamerkan prestasi berbeza untuk merangkul tiga mata pertama mereka musim ini menerusi jaringan Jadon Sancho dan Marcus Rashford.

Keputusan itu menyebabkan Liverpool yang dibimbing Juergen Klopp gagal menang dalam tiga aksi awal dan hanya mengumpul dua mata.

Ia adalah kemenangan pertama bagi pengurus United dari Belanda, Erik ten Hag dan hasil daripada keputusannya meletakkan Cristiano Ronaldo dan kapten, Harry Maguire di bangku simpanan.

“Saya gembira dengan prestasi pasukan, tetapi kami mesti melakukannya pada setiap perlawanan,” kata Ten Hag kepada Harian Metro.

“Jangan hanya lakukannya ketika menentang Liverpool saja. Setiap perlawanan EPL adalah sukar. Kami perlu melakukannya pada setiap perlawanan. Ia bermula sekali lagi dengan penuh semangat.”

Selepas dimalukan 0-4 di Brentford, hujung minggu lalu, wujud persoalan utama mengenai pemilik kelab iaitu keluarga Glazer yang berpengkalan di Florida, Amerika Syarikat (AS) dan sebahagian penyokong berarak melakukan protes menjelang perlawanan untuk mendesak mereka menjual kelab itu.

Kegagalan United dalam urusan perpindahan dan pembelian pemain baharu dikritik hebat, tetapi sebelum perlawanan bermula, pemain yang baru dibeli dari Real Madrid, Casemiro, diperkenalkan kepada penyokong, walaupun tepukan gemuruh dicemari cemuhan anti-Glazer.

Sokongan negatif dan protes berterusan sepanjang perlawanan, tetapi permainan United yang dianggap terbaik pada musim ini, menghidupkan malam di Old Trafford.

Sancho meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-16 selepas menerima umpanan Anthony Elanga, sebelum menolak bola ke dalam gawang Liverpool.

Christian Eriksen nyaris menjaringkan gol kedua menerusi sepakan percuma melencong yang memaksa penjaga gol Liverpool, Alisson Becker menolak bola keluar.

United menggandakan jaringan apabila kesilapan kapten pelawat, Jordan Henderson menyebabkan pemain gantian, Anthony Martial mengumpan kepada Rashford untuk gol kedua pada minit ke-53, yang juga gol pertamanya dalam liga sejak Januari.

“Kami boleh bercakap mengenai taktikal, tetapi semuanya berkaitan dengan sikap. Ada komunikasi dan semangat melawan,” kata Ten Hag.

“Saya mahu pendekatan dan sikap berbeza dan itu yang pemain bawa ke tengah padang. Ini baru permulaan. Kami boleh bermain dengan lebih tersusun dan bahaya. Bermain sebagai satu pasukan, semangat tinggi dan itu yang kami lihat pada hari ini.”