Sukarelawan lega dapat Bantuan Khas Aidilfitri RM300 dari kerajaan

Sukarelawan lega dapat Bantuan Khas Aidilfitri RM300 dari kerajaan

 

Pemberian sagu hati RM300 kepada lebih 200,000 sukarelawan daripada pasukan sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam, sukarelawan polis dan bomba disambut baik.

Bantuan pertama kali diberikan itu, jelas menghargai jasa dan sumbangan sukarelawan yang komited membantu negara, ketika berdepan situasi getir seperti banjir.

Di Johor, penerima sagu hati menyatakan penghargaan kepada kerajaan yang memandang tinggi, khidmat bakti diberikan para sukarelawan.

“Syukur alhamdulillah kepada perdana menteri kerana memberi sagu hati RM300 menerusi Belanjawan 2023 kepada sukarelawan bersempena Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah dapat kita membantu keluarga untuk sambut Hari Raya Aidilfitri,” luah Muhamad Sabani Amir.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada perdana menteri atas keprihatinan kepada kami sukarelawan. Kami sangat-sangat bersyukur dengan keprihatinan ini. Sekurang-kurangnya dapat membantu serba sedikit perbelanjaan kami,” kata Fadzilah Hashim.

“Dengan peruntukan ini kita boleh tambah sebab sekolah pun baru naik. Kita perlu duit beli barang sekolah. Kali ini duit ni boleh buat perayaan sederhana untuk Aidilfitri,” ujar Norwahida Elias Ahad.

“Yang penting ia menyuntik semangat untuk sukarelawan anak-anak muda terutamanya untuk sama berkecimpung khidmat sukarela membantu masyarakat dan negara,” kata Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga, Mohd Hashim Marsidi.