Sumbangan syarikat Decathlon sewaktu banjir di Shah Alam yang tak didedahkan

Sumbangan syarikat Decathlon sewaktu banjir di Shah Alam yang tak didedahkan

Bagi peminat sukan aktiviti luar dan sukan ekstrem, sudah pastinya mengenali gedung Decathlon yang tersergam besar di Shah Alam.

Gedung tersebut dikatakan menjadi pilihan pembeli selain menawarkan barangan terbaik dengan harga yang murah berbanding pesaingnya yang lain.

Selain itu, gedung tersebut turut menawarkan pelbagai model pilihan kepada pembelinya samada produk keluaran tempatan mahupun yang di import daripada luar negara.

Malah, rata-rata pengunjung gedung barangan tersebut juga seringkali mengeluh kerana sukar untuk mencari jalan keluar, deka kerana terlalu banyak tawaran barangan yang menarik disediakan.

Apa yang lebih mengejutkan, rahsia penglibatan Decathlon sendiri dalam membantu misi menyelamat banjir besar yang melanda negeri Selangor baru-baru ini.

Memetik ucapan yang dibuat oleh MP Shah Alam dalam sidang khas parlimen khusus membincangkan bencana banjir luar biasa sehingga mengorbankan 54 nyawa itu, YB Khalid Samad mendedahkan rahsia yang sudah pastinya menerbitkan rasa terharu audien yang mengikuti sidang khas itu secara live semalam.

Dalam ucapannya, Khalid meluahkan penghargaan terhadap Decathlon apabila berbesar hati meminjamkan kayak bagi kegunaan kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Shah Alam menyalurkan misi menyelamat bangsa banjir di kawasan terjejas teruk antaranya di Sri Muda.

Malah, kata Khalid lagi, syarikat itu memberi tawaran pemulangan semula jika hasratnya mwmbeli kayak tersebut dibatalkan.

.

Decathlon juga dakwanya bersedia menerima semula kayak yang sudah digunakan itu sekiranya misi menyelamat telah selesai tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

Rata-rata pengguna media sosial memuji kerjasama yang terjalin MP Shah Alam dan Decathlon dalam memastikan mangsa korban berjaya diselamatkan. Malah mereka turut berharap kerjasama seperti ini akan dijalinkan lagi pada masa-masa akan datang.

Decathlon juga pernah menyekat sementara sebarang pembelian peralatan berkaitan misi menyelamat terutamanya kayak dan jaket keselamatan bagi disumbangkan kepada kegunaan pasukan penyelamat.