Sumpah mubahalah Najib, tiada kelibat pemimpin Pas hadir nyatakan sokongan

Sumpah mubahalah Najib, tiada kelibat pemimpin Pas hadir nyatakan sokongan

Datuk Seri Najib Razak malam ini melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru di depan jemaah masjid berkenaan menjelang prosiding rayuan akhir kes bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Rayuan pada Selasa ini.

Memetik laporan Berita Harian, Najib membacakan teks sumpah berkenaan selepas selesai solat hajat dan doa munajat bersama jemaah masjid berkenaan menjelang prosiding rayuan akhir kes bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Rayuan pada Selasa ini.

Turut hadir ialah Datin Seri Rosmah Mansor.
Najib tiba bersama anak lelakinya Nor Ashman, pada jam 8.20 malam sebelum disertai Rosmah, 20 minit kemudian.

Antara pemimpin yang hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Sejurus solat Isyak, Najib dan jemaah melaksanakan solat hajat dan bacaan doa munajat dan melafazkan sumpah itu.
Ketika ucapan, Najib berkata beliau berharap mendapat keadilan dan kebenaran akan muncul.

“Semoga Allah SWT memudahkan dan mengampunkan segala dosa kita, saya berdiri di sini atas tujuan pertama sebagai hamba Allah saya ingin membersihkan nama saya dan memohon pertolongan pada Allah SWT,” katanya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut menjatuhkan hukuman namun membenarkan permohonan untuk ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib dan mengekalkan sabitan ke atasnya.