Suruhanjaya Sekuriti (SC) gagal buat keputusan kes Azam

Suruhanjaya Sekuriti (SC) gagal buat keputusan kes Azam

SURUHANJAYA SEKURITI TIDAK DAPAT PUTUSKAN ISU SAHAM AZAM BAKI

Makin hari makin pelik kes saham Azam Baki ini. Hari ini Suruhanjaya Sekuriti pula yang nyatakan mereka tidak dapat buat keputusan yang konklusif, yang final, yang jitu, yang muktamad sama ada berlaku atau tidak kesalahan berkaitan penggunaan akaun saham Azam Baki. Ini berdasarkan bukti dan keterangan yang dikumpulkan.

Jadi siapakah yang dapat menyiasat dan buat keputusan? Adakah akan dilontar pula ke pejabat Peguam Negara? Atau apakah kuasa menyiasat dalam Akta SC masih belum cukup power?

Atau pihak yang disiasat itu guna tektik yang biasa peguam guna untuk nasihat klien bila pergi balai, “Nanti, saya akan jawab di Mahkamah!”.

Jika jawapan ini digunakan sekali pun, SC masih ada kuasa untuk dapatkan maklumat daripada syarikat broker maklumat maklumat itu. Atau apakah borang-borang semua sudah hilang daripada syarikat broker.

Apa pun jawapan begini tidak membantu untuk pulihkan kepercayaan orang ramai kepada SPRM. Tentu sekali pelabur pun akan bimbang terhadap kenyataan SC ini. Lebih banyak soalan daripada jawapan yang akan menyusul jika begini kenyataan SC.

Sumber berita di MalayMail