Susah sangat nak poligami di Malaysia, ramai pasangan pilih kahwin di Thailand

Susah sangat nak poligami di Malaysia, ramai pasangan pilih kahwin di Thailand

 

Poligami bermaksud memilik isteri lebih daripada seorang dalam waktu yang sama, namun disebabkan kesukaran berkahwin dua, banyak pasangan memilih Thailand.

Tapi perkahwinan tanpa memaklumkan kepada isteri pertama pastinya akan menimbulkan isu, tambahan mereka yang berkahwin tidak daftarkan perkahwinan di Malaysia.

Menurut Utusan, di Perlis sahaja, seramai 20 sehingga 25 pasangan berkahwin di Thailand mendaftar di negeri ini dalam tempoh sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam negeri, Muhammad Azmir Azizan berkata, poligami tidak memerlukan persetujuan isteri pertama.

Pemohon hanya perlu hadir di hadapan pendaftar dan mengemukakan bukti perkahwinan menerusi dokumen yang disahkan.

Katanya, apabila pendaftar berpuas hati bahawa perkahwinan tersebut adalah sah di sisi syarak.

Maka, perkahwinan berkenaan boleh didaftarkan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI) 2006.

“Kebanyakkan pasangan memilih nikah di Thailand ini atasi faktor seperti merasa proses perkahwinan di Malaysia menyusahkan, berpoligami dan privasi.

“Pendaftaran pernikahan tersebut (poligami) juga adalah mesti bagi mereka (pasangan) yang bermastautin di negeri ini,” katanya seperti dipetik Utusan.

Sebelum ini media mendedahkan bahawa Konsulat Malaysia di Songkhla yang memaklumkan menerima 60 hingga 80 permohonan se­hari.

Ia adalah untuk pengesahan pasangan dari Malaysia yang bernikah di selatan Thailand dengan tem­poh sebulan, lebih 2,400 per­mohonan.

Adalah lebih baik jika perkara tersebut dimaklumkan kepada isteri pertama selepas berkahwin, jika tidak bagaimana mahu dikatakan berlaku adil kepada semua isteri.