Suspek ditahan reman SPRM rupanya dulu model iklan syampu dan penjagaan muka?

Suspek ditahan reman SPRM rupanya dulu model iklan syampu dan penjagaan muka?

 

Di media sosial telah tersebar gambar menunjukkan suspek yang merupakan CEO disebuah syarikat direman SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia).

Menurut NST, lelaki itu  didakwa menjadi “orang tengah” dalam pemberian projek kerajaan bernilai RM92.5 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi kepada kontraktor terpilih antara 2020 dan 2022.

VIA FMT

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Model Iklan Shampoo dan penjagaan muka

Dalam laporan tersebut, tidak menyebut nama suspek. Namun di laman twitter seorang netizen telah mendakwa lelaki tersebut merupakan bekas model iklan shampoo. Betul ke?

Tidak dapat dipastikan kesahihahannya , namun dalam tweet Fakta Bukan Auta ini menulis, lelaki dikenali dengan nama Adam Radlan. Tinjauan kami di laman Sabahkini2.com, lelaki ini merupakan bekas Ketua pegawai eksekutif Maju Assets Sdn Bhd yang juga Timbalan Bahagian BERSATU Segambut.