Susulan pendedahan Jep, tular semula rakaman scene parut kelapa & permohonan maaf Shuib

Susulan pendedahan Jep, tular semula rakaman scene parut kelapa & permohonan maaf Shuib

 

Sejak penyertaan Shuib dalam rancangan sketsa komedi ‘Ubi Superstar Live’ bersama Fad, Sharif Zero, Namie dan Ajak, ramai tertanya-tanya tentang penerimaan ahli kumpulan Sepahtu.

Terdahulu, Jep ada meminta kepada netizen untuk berhenti persoalkan mengapa group lawak tersebut tidak boleh kembali bersatu lagi.

Alasan yang diberikan waktu itu adalah kerana setiap ahli sudah pun lebih selesa membawa haluan kerjaya masing-masing.

Tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula

Namun selepas Shuib pula keluarkan kenyataan seakan-akan tidak pernah dipujuk untuk reunion kembali, Jep akhirnya membalas semula dengan pendedahan yang panjang lebar.

Jelas Jep, rakannya tersebut mulai berundur selepas melakonkan satu salah satu babak di ‘Sepahtu Reunion Live’ dan didakwa mengandungi unsur lucah serta kurang sopan.

Tapi sebenarnya saya nak bagitahu, ikhlas daripada hati, saya tidak bermaksud apa-apa

Susulan kejadian tersebut, Shuib akhirnya telah pun diminta untuk buat permohonan maaf serta digantung daripada beraksi untuk 2 minggu.

Meskipun permohonan maaf secara terbuka itu tetap dibuat, namun tampaknya pelakon berkenaan tidak begitu berpuas hati dan beri kata dua enggan lagi teruskan penggambaran sebanyak 50 episod.

@syafiqahalmaghribi

Replying to @bungaaa permohonan maaf shuib terhadap penonton sepahtu reunion live suatu ketika dahulu #jepsepahtu #shuibsepahtu #jepshuibgaduh #sepahtureunionlive #sensasi #foryoupage #viral #sceneparutkelapa #parutkelapa #sceneshuibparutkelapa #viral

♬ original sound – Kaklong Starbucks – Kaklong Starbucks

Aksi kontroversi memarut kelapa

Sejak pendedahan itu dibuat, ramai seakan-akan tercari-cari semula rakaman babak yang telah menjadi kontroversi tersebut.

Dalam video itu, aksi Shuib yang sedang asyik memarut kelapa disifatkan seperti gambaran perbuatan tidak senonoh.