Syafiq Yusof dapat anak ketiga, Datin Patimah luah rasa syukur kini miliki lapan cucu

Syafiq Yusof dapat anak ketiga, Datin Patimah luah rasa syukur kini miliki lapan cucu

 

Isteri kepada pengarah terkenal Syafiq Yusof iaitu Aisyeah Zainal selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka di sebuah pusat perubatan kira-kira jam 8.18 pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Syafiq, 31, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram dengan memuat naik beberapa keping gambar wajah anak lelaki pertamanya.

Berdasarkan kapsyen, Syafiq yang juga adik kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof meluahkan kesyukuran atas kurniaan zuriat itu selain memperkenal nama bayinya sebagai Muhamad Nu’Aiman.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Anak ketiga, lelaki pertama. Muhamad Nu’Aiman bin Muhamad Syafiq,” tulis pengarah drama bersiri Special Force: Anarchy itu.

Meninjau di ruangan komen, ibu Syafiq iaitu Datin Patimah Ismail berkongsi rasa syukur atas kelahiran cucu kelapan itu selain rakan artis yang turut tumpang gembira serta meninggalkan ucapan tahniah.

Syukur alhamdulillah

Comelnya ‘baby’…

Tahniah Syafiq dan isteri!

Untuk rekod, Syafiq yang juga anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam serta isterinya mendirikan rumah tangga pada 5 April 2014 dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nuur Jannah, 7, dan Nuur Nusaybah, 5.