Syamsul nak bertentang mata bincang giliran bermalam – “Dalam seminggu berapa kali jumpa”

Syamsul nak bertentang mata bincang giliran bermalam – “Dalam seminggu berapa kali jumpa”

 

Sarah teguh dengan hasrat mahu berpisah selain sudah memfailkan hak jagaan anak, Syamsul Yusuf juga enggan melafazkan talak.

Disangka akan cepat selesai, siapa sangka selepas berbulan-bulan Puteri Sarah masih berada dalam keadaan tanpa tali walaupun berkali-kali tegaskan mahu dilepaskan segera.

Kenapa tak lepaskan? Ia tak semudah tu…Ramai orang alami masalah besar lepas berpisah

Hingga kini, pihak Ira Kazar masih berdiam dan belum pernah mengeluarkan sebarang kenyataan. Di JAWI sebentar tadi, Syamsul bagaimanapun kecewa kerana tidak dapat berjumpa secara berdepan dengan Puteri Sarah.

Sedar impak selepas berpisah itu jauh lebih besar misalnya melibatkan konflik nafkah anak, sebab itulah dia mahu duduk berbincang dan mencari titik damai.

Saya mahu berbincang mengenai giliran dengan isteri-isteri

Melalui laporan Kosmo Online, antara hal lain yang mahu dibincangkan oleh Syamsul jika dapat bertemu adalah mengenai giliran atau hari pulang ke rumah isteri masing-masing.

Justeru dia turut menzahirkan harapan semoga Sarah dapat menerima takdir hidup berpoligami.

Terdahulu, tindakan Syamsul yang berkahwin dengan Ira Kazar cukup mengejutkan ramai.

Namun dek kerana beberapa kesukaran dalam proses tertentu termasuklah mendapat keizinan isteri pertama, ia menjadi faktor mengapa mereka memilih bernikah di Thailand.