Syamsul Yusof failkan permohonan nusyuz, ini respon Puteri Sarah

Syamsul Yusof failkan permohonan nusyuz, ini respon Puteri Sarah

 

Meskipun tinggal beberapa hari menjelang bulan Ramadan, ramai selebriti terkemuka membuat kemunculan di mahkamah berkaitan isu rumah tangga masing-masing.

Seperti diketahui umum, pengarah Syamsul Yusof enggan melafazkan talak ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sekitar 2 minggu lalu.

Syamsul failkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertama

Terbaru, kelibat Syamsul Yusof pula dirakam hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Difahamkan, pengarah kontroversi itu mahu memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin petang ini.

 

Nak kata saya isteri derhaka apa semua, saya tak boleh komen panjang

Memetik portal Kosmo Online, Puteri Sarah Liyana berkata dirinya langsung tidak tahu-menahu mengenai tuntutan yang bakal dibuat oleh pihak belah sana kerana tengah sibuk terlibat dalam penggambaran.

Oleh itu dia enggan mengulas apa-apa, sebaliknya menantikan sahaja apa dakwaan yang bakal dibuat oleh Syamsul Yusof.

“Tunggu sahajalah apa tindakan dan dakwaan dia petang nanti. Nak kata saya isteri derhaka apa semua, saya tak boleh komen panjang. Kita tunggu apa dia nak buat selepas ini sebab sekarang saya sedang sibuk bekerja (shooting) cari duit sendiri.”

Buat masa sekarang…kita tengok apa permainan dia

Meskipun begitu, Puteri Sarah berlapang dada dan sedia berjuang demi nasibnya sebagai seorang isteri berhubung tuntutan nusyuz hari ini.

Dalam waktu yang sama, aktres drama ‘Andai Itu Takdirnya’ harap semua pihak doakan agar keadilan berpihak kepada mereka yang benar.

“Selepas apa yang berlaku petang ini, baru saya akan buka mulut. Buat masa sekarang, kita tengok sahaja apa permainan dia. Minta doakan semua urusan dipermudahkan dan semoga keadilan berpihak kepada mereka yang berhak dan benar.”

Puteri Sarah Akui Tak Tahu Syamsul Nak Failkan Nusyuz – “Saya Isteri Derhaka?”