Syamsul Yusof kongsi video Ustazah Asma – “Allah enggan memandang wajah isteri yang tidak berterima kasih & tidak perlukan suami”

Syamsul Yusof kongsi video Ustazah Asma – “Allah enggan memandang wajah isteri yang tidak berterima kasih & tidak perlukan suami”

Di laman sosial Instagram, pengarah sensasi Syamsul Yusof berkongsi sepotong video ceramah yang disampaikan oleh pendakwah popular, Ustazah Asma Harun.

‘Ujian kepada wanita bekerjaya’

Menerusi video berkenaan, Ustazah Asma dilihat sedang berkongsi sebuah hadis yang menceritakan kesan dan bala yang akan diturunkan Tuhan kepada mana-mana isteri yang tidak taat kepada suami.

Malah, pendakwah itu juga ada menyebut berkenaan sikap sesetangah isteri yang mula lupa diri apabila mempunyai kerjaya.

Hadis ini sangat memberi peringatan buat kita semua. Nabi bersabda sesungguhnya Allah akan memaling wajah atau enggan memandang seorang isteri yang tidak berterima kasih kepada suami dan tidak perlukan suami.

Ini ujian kepada wanita yang bekerjaya atau berdikari pada hari ini, terkeluar daripada mulut mereka, suami ada atau tidak sama sahaja. Katanya semua perkara dia buat, jika tiada suami pun tidak mengapa. Sebab semua saya tanggung, suami macam tidak berfungsi sahaja.

Ini lah ujian untuk wanita, sebab itu dia perlukan suami kerana mereka mudah terleka yang bereasa sombong dengan kemudahan yang Allah berikan.

Allah benci kepada wanita yang tidak berterima kasih dan atau mereka merasa tiada keperluan terhadap suaminya. Jadi dengan adanya suami, Allah menjadikan laluan buat isteri jalan ke syurga.

Terdahulu, kemelut rumah tangga antara Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana bagaikan tiada penghujung apabila masing-masing saling membalas kenyataan di Instagram. Pun begitu, Puteri Sarah akhirnya mengaku ‘kalah’ dan memilih untuk berhenti daripada membalas kenyataan daripada suaminya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik Puteri Sarah, dia berkata tindakannya mengaku kalah  bukan tanda dirinya lemah, sebaliknya sudah cukup penat melayan drama daripada pengarah filem Munafik itu.

Video

 

Pada hari Selasa, lafaz cerai yang sepatutnya dilakukan Syamsul ditangguhkan apabila Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap madunya, Ira Kazar selain pengarah tersebut meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei di depan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.