Syamsul Yusof soal Puteri Sarah, “Kenapa tak minta cerai dari dulu? Pasal apa?”

Syamsul Yusof soal Puteri Sarah, “Kenapa tak minta cerai dari dulu? Pasal apa?”

 

Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof akhirnya menjawab maksud ‘ada sinar’ yang dikatakan olehnya sewaktu berlangsungnya prosiding perceraiannya dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana pada dua minggu lalu.

Tak cerai sebab masih sayang

Dalam sesi sidang media khas sebentar tadi, Syamsul mengatakan alasannya untuk tidak menceraikan Puteri Sarah yang juga seorang pelakon adalah kerana masih sayang akan isteri pertamanya.

Syamsul berkata, tindakannya berbuat demikian adalah kerana mahu menyelesaikan konflik rumah tangga berlaku di antara mereka dan bukannya diakhiri dengan perceraian.

“Kalau saya tak nak selesaikan, mesti saya dah lama bercerai dengannya,” ujar Syamsul.

Cerita ditokok tambah

Tambah Syamsul, dakwaan pelakon drama Andai Itu Takdirnya mengatakan dia menendang keluar dari rumah adalah tidak benar.

“Inilah yang saya nak ceritakan, dalam empat tahun seolah-olah (dakwaan Puteri Sarah) saya ini tendang dia keluar dari rumah. Itu pun ditokok tambah.

“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya dengan dia. Masa itu, ya memang ada masalah rumah tangga,” jelas pengarah filem Mat Kilau:Kebangkitan Pahlawan.

Kenapa tak minta cerai dari dulu?

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata itu turut mempersoalkan kenapa’ isteri pertamanya tidak memfailkan penceraian dari awal berlakunya konflik dan bukannya sekarang selepas dia mendirikan rumah tangga dengan anak pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.

“Kenapa tak nak failkan perceraian?  Kenapa dia tak minta cerai dari dulu? Pasal apa? Sebab masih rasa sayang lagi kan? Begitu jugalah dengan saya.

“Saya boleh terima poligami (Sarah berkata), bila saya (Syamsul) berkahwin, terus (Puteri Sarah) nak minta cerai. Kata boleh terima?” soal Syamsul sewaktu ditanya wartawan.

Terdahulu, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah membuat menfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Menurut Syamsul, dia berasa sedih dan malu kerana isterinya telah berlaku curang dengan mendakwa menghubungi bekas teman lelaki yang juga merupakan suami orang.

Hal itu menjadi punca mengapa dia bertindak tidak lagi tinggal sebumbung dengan Puteri Sarah sejak dua tahun yang lalu.

@ohbulanofficial

Wartawan pun siap tambah ‘sinar harian’ 😅😅😅😅 #ohbulan #sembangentertainment #syamsulyusof #kenapa #baru #sekarang #ada #sinar #puterisarahliyana

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!