Syamsul Yusof ubah fikiran, tak jadi lafaz cerai Puteri Sarah

Syamsul Yusof ubah fikiran, tak jadi lafaz cerai Puteri Sarah

 

PENGARAH Syamsul Yusof membuat kejutan apabila membatalkan hasrat untuk melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa.

Mahkamah Rendah Syariah mendedahkan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof tidak jadi menceraikan isteri pertamanya, Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana.

Menurut laporan Kosmo, keputusan tersebut berlaku disebabkan tiada lafaz cerai daripada pengarah yang berusia 39 tahun itu dan prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

Perkara sebegini sama dengan prosiding yang berlaku terdahulu dimana mahkamah menetapkan tarikh hari ini untuk anak pengarah dan penerbit terkenal, Yusof Haslam melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya itu.

Disebabkan kedua-dua pihak ada perkembangan baharu dan penyelesaian, mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie.

Bagaimanapun terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan seperti penyelesaian yang dipersetujui ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.