Syamsul Yusof ‘warning’ Aaron Aziz, Caprice & Farid Kamil, komen netizen tentang Ira Kazar pula jadi perhatian

Syamsul Yusof ‘warning’ Aaron Aziz, Caprice & Farid Kamil, komen netizen tentang Ira Kazar pula jadi perhatian

 

“Orang kedua yang tak pernah salah selepas perempuan adalah Sol…” – kata netizen

Kecoh dan semakin hangat!

Sekali lagi, nama pengarah kepada filem The Original Gangster menjadi bualan ramai setelah pergolakan rumah tangga di antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof diperdebatkan sehingga ada beberapa selebriti terkenal tanah air juga masuk campur mengenai isu berkenaan.

Terkini, menerusi sumber video soal jawab bersama media yang dikongsikan di media sosial sebuah laman portal, Syamsul Yusof telah menyebut beberapa nama selebriti ini antaranya Dato Aaron AzizCaprice dan Farid Kamil supaya berhenti mencampuri urusan rumah tangganya itu.

“Caprice pun satu…jangan bro…itu macam batu api…aku tahu apa jadi dengan kau bro Caprice…kau dengan Sharnaaz….Sharnaaz dah jumpa kau…jangan sampai aku pula jumpa kau…” – tegas Syamsul

Bagaimanapun, pengarah sensasi ini meluahkan yang dia memahami bahawa ada segelintir individu mencari makan dengan membahas soal urusan orang lain di media sosial sebagai sumber pendapatan, namun dia berharap agar tidak menjadi batu api dalam apa jua situasi.

“Tapi saya tengok Farid Kamil tu dah melampau sangat dah…pasal dia sentuh pasal keluarga…”

Bukan itu sahaja, sebelum ini, Syamsul juga ada memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Farid Kamil berhubung status di Instagramnya baru-baru ini berkenaan isterinya, Diana Danielle ditumbuk oleh bekas kekasih yang dipercayai ditujukan kepadanya.

Mengulas lebih lanjut, Syamsul memberi pesanan kepada Farid untuk menjadi berani bersemuka dengannya di mahkamah.

“Kepada Farid, saya tak nak jadi ‘pondan’ hanya bercakap di media sosial. Kita dah tua.

“Kenapa nak bercakap di medi asosial. Lebih fokus kerja sahaja. Kita jumpa di mahkamah,” ujarnya.

Sementara itu, Syamsul turut menjawab berkenaan kes nama pelakon Aaron Aziz yang digugurkan namanya daripada filem The Original Gangster.

Menurutnya, Syamsul yang juga seorang pelakon ini boleh menjadi lantang dan bercakap di media sosial, namun dia tidak mahu mengeruhkan keadaan dan menegaskan pihaknya lebih mengetahui hal sebenar.

“Macam-macam saya boleh cakap fasal perkara itu. Saya pun pernah melalui fasa yang lantang bercakap di media sosial.

“Boleh sahaja saya nak jawab tapi nanti berbalik kepada saya semula. Saya tak mahu gaduh!

“Saya malaslah. Pihak saya tahu hal sebenar. Tiba-tiba sahaja dia keluarkan kenyataan begitu. Apa sebenarnya yang dia mahukan?

“Saya senyap di media sosial namun kehidupan harian berjalan seperti biasa. Barulah sekarang saya tahu siapa sahabat sebenar,” katanya.

Bagaimanapun rata-rata warganet meminta agar pengarah ini dapat menyelesaikan semua permasalahan dengan cara yang baik serta tidak menimbulkan sebarang isu dengan nama-nama pelakon popular ini yang pernah berlakon bersama-sama dengannya.