Tablet PerantiSiswa, akhirnya temberang Annuar terbongkar

Tablet PerantiSiswa, akhirnya temberang Annuar terbongkar

INGAT BERI LAPTOP, RUPANYA BAGI PINJAM SAHAJA.

Berkali-kali saya ingatkan jangan kelirukan pelajar-pelajar & mak ayah.

Kenapa syarat yang penting macam ni dikeluarkan lambat?

Lagi 5 hari nak buka permohonan, baru semalam keluar berita yang PerantiSiswa ni skim pinjaman sahaja. Lepas habis belajar, kena pulang balik.

Jadi, samalah macam Initiatif Cerdik dulu, mula-mula ingatkan skim pemberian, tapi skim pinjaman ya pelajar-pelajar.

Sebab apa PerantiSiswa ni patut dibuat skim pinjaman terus?

Ini adalah satu pelaburan untuk pelajar-pelajar, lepas graduate mestilah mereka masih perlukan guna peranti tersebut.

Kalau tak macam mana mereka nak cari dan mohon kerja?

Sekarang, semua dah buat melalui online.

Lebih baik dibagi terus daripada pulangkan balik, sebab bila bagi balik banyak proses yang kena dilakukan oleh kerajaan.

Sebagai contoh, kena tunggu pelajar-pelajar pulangkan. Lepastu, kerajaan kena check satu-satu tengok ada rosak ke tak. Bila ada rosak, kena tunggu pula untuk baiki.

Walaupun kerajaan masih lagi tak nyatakan pelan jangka masa panjang, samada tablet yang dipulangkan akan diberikan kepada pelajar seterusnya, adalah lebih baik kita bagi terus saja.

Tablet macam ni bukanlah macam PC. Boleh senang ganti dengan hardware baru lepastu boleh guna macam PC baru.

Jangka hayat tablet ni selalunya 4-5 tahun, lepas tu mulalah tablet ini akan slow & tak compatible dengan perisian terkini.

Untuk pelajar graduate pun ambik masa 4 tahun minimum.

Jadi kerajaan, fikir-fikirkanlah dengan betul. Macam saya cakap, berikanlah yang terbaik dan tolonglah bertelus dengan pelajar-pelajar kita.

Sumber – FB Syed Saddiq