TAFI dapat kontrak bernilai RM11 juta bina taman tema baharu di Tanjong Tualang

TAFI dapat kontrak bernilai RM11 juta bina taman tema baharu di Tanjong Tualang

 

Anak syarikat milik penuh Tafi Industries Bhd, TAFI Home & Office Sdn Bhd dianugerahkan kontrak oleh TT5 Theme Assets Sdn Bhd bagi membina, menguji dan memasang, menyiap dan menyerahkan kerja taman tema di Tanjong Tualang, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TAFI, Datuk Seri Bryan Wong, berkata kontrak RM11 juta itu mempunyai tempoh 18 bulan dari 15 Februari 2023 hingga 14 Ogos 2024.

“Mendapatkan kontrak daripada TT5 Theme Assets akan menyumbang secara positif kepada perolehan dan aset nyata bersih TAFI bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dan 31 Disember 2024,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.