Tahniah!!! Usaha Selangor laksana ujian Covid-19 besar-besaran buahkan hasil

Tahniah!!! Usaha Selangor laksana ujian Covid-19 besar-besaran buahkan hasil

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 5,271 kes baru Covid-19 hari ini.

Ini merupakan penurunan kes baru untuk empat hari berturut-turut dan angka terendah dalam tempoh tiga minggu.

Jumlah kes baru di Selangor menurun kepada 1,374 kes – pertama kali kurang daripada 2,000 sejak 18 Mei.

Bagaimanapun, perlu dinyatakan bahawa jumlah ujian yang dijalankan pada hari minggu dan hari cuti umum adalah lebih rendah daripada hari biasa.

Jumlah kes baru hari ini adalah daripada ujian yang dibuat beberapa hari sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah kes baru di Sarawak kekal tinggi iaitu 703 kes. Kes baru tertinggi di negeri itu dicatat pada 16 April dengan 960 kes.

Jumlah kes baru harian di Malaysia kekal tinggi tetapi dilihat semakin berkurang sejak seminggu lalu, susulan penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh pada 1 Jun.

Berikut adalah pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor – 1,374
  • Sarawak – 703
  • Negeri Sembilan -571
  • Kuala Lumpur – 455
  • Johor – 355
  • Kelantan – 341
  • Sabah – 336
  • Labuan – 209
  • Kedah – 194
  • Melaka – 178
  • Perak – 177
  • Pulau Pinang – 153
  • Terengganu – 117
  • Pahang – 99
  • Putrajaya – 8
  • Perlis – 1

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/577927?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook