Tahukah anda sudah ramai yang jadi kaya melabur dalam kripto, ini 9 individu yang kaya dengan kripto

Tahukah anda sudah ramai yang jadi kaya melabur dalam kripto, ini 9 individu yang kaya dengan kripto

 

Mungkin kisah ni dapat beri inspirasi dekat pelabur-pelabur kripto di luar sana.”

Pasaran mata wang kripto yang semakin berkembang pesat menyebabkan sudah ramai pelabur yang telah berjaya menjana keuntungan lumayan.

Sungguhpun mereka mempunyai kisah kejayaan yang hebat, tiada jaminan dapat mengatakan melabur dalam kripto

Adakah apat memperoleh keuntungan wang tunai secara pantas susulan ia juga memiliki risiko. Setelah demikian, mari lihat kisah kejayaan mereka.

Javed Khan

Khan yang percaya penggunaan kripto dapat memudahkan pemindahan wang telah membeli Bitcoin (BTC) pada 2018 semasa harganya berada pada paras $3,000 dan akhirnya menjual pada 2022 untuk membeli sebuah kereta jenama Bentley.

Daniel Crocker

Pada tahun 2012, Daniel yang bekerja sebagai perantis di sebuah syarikat IT telah melabur sejumlah BTC selepas berbual dengan rakan sekerjanya tentang cara membuat sedikit wang tambahan.

Beliau didapati menjual sebahagian daripada BTC pada tahun lepas untuk membeli rumah baru apabila aset digital dilaburnya memperoleh keuntungan setelah menyimpannya hampir lapan tahun.

Gardner mula membuka matanya terhadap kripto apabila beliau menyedari aset digital hanya memerlukan sambungan internet untuk menghantar sejumlah wang kepada individu lain.

Pada tahun 2013 ketika Gardner melabur sebahagian besar simpanannya dalam kripto, saham termasuk BTC, beliau menjadi jutawan pada usia 30 tahun selepas harga aset digital dan saham yang dilaburkannya melonjak tinggi.

Kane Ellis

Ellis pada usia 18 tahun menubuhkan syarikat perunding teknologi Nerd Herd dan mula melabur serta mining BTC semasa kosnya hanya $1.60 pada 2010. Setelah bertahun-tahun mining BTC, beliau mula menjual sebahagian aset digitalnya untuk membeli Maserati berharga $200,000.

James Saye

Pada tahun 2017, James teragak-agak untuk melabur dalam kripto tetapi beliau bertindak membeli aset digital bernilai £500 dan semasa James untung £2500 ekoran harganya canak 500%, beliau telah membeli percutian mahal ke Iceland.

Kristoffer Koch

Harga satu Bitcoin pada hari ini adalah lebih RM100,000. Bayangkan jika anda memiliki 5,000 Bitcoin!

Kristoffer Koch hanya membelanjakan sekitar $26 untuk mendapatkan 5,000 BTC pada tahun 2009 semasa beliau sedang sibuk menulis tesis sarjana tentang teknologi encryption di Universiti Norway.

Beliau menggelar diri sendiri sebagai seorang jutawan selepas menjual aset digitalnya namun masih memiliki 4,000 BTC ketika mendengar berita tentang kenaikan harga aset digital itu.

Kingsley Advani

Advani semasa berumur 20-an telah menjual semua harta dimilikinya untuk memperoleh wang tunai bagi membeli sejumlah kripto dan pelaburan, dengan berjaya mengumpul sekitar $34,000.

Beliau akhirnya dilaporkan berjaya menukarkan pelaburannya itu menjadi tujuh angka dalam sekelip mata.

Eric Finman

Menjadi antara jutawan termuda, pada tahun 2011 Finman yang berusia 12 tahun ketika itu membeli sejumlah kripto apabila menerima hadiah sebanyak $1,000 daripada neneknya.

Beliau beberapa tahun kemudian memulakan syarikat pendidikan dalam talian (online) bernama Botangle melalui keuntungan diperolehnya.

Namun beliau jual Botangle selepas terdapat pelabur berhasrat membeli syarikat itu pada harga $100,000 atau 300 BTC dan Eric didapati memilih aset digital itu kerana pernah memberitahu ibu bapanya untuk tidak pergi ke kolej jika menjadi seorang jutawan pada usia 18 tahun.

Singkat cerita, Finman berjaya membuktikan kejayaannya itu kepada kedua-dua ibu bapa beliau.

Mr Smith

Walaupun identitinya dirahsiakan, Mr Smith telah berkongsi kisah kejayaan beliau dan turut diwawancara oleh Forbes.

Semasa bekerja di Silicon Valley pada 2010, Smith melabur $3,000 ketika harga BTC benilai $0.15 untuk mendapatkan sebanyak 20,000 aset digital itu.

Smith akhirnya berhenti kerja dan mengembara ke seluruh dunia apabila harga BTC meningkat 10% capai paras $350 selepas 3 tahun kemudian, di mana beliau bertindak menjual 2,000 aset digital itu seterusnya 2,000 lagi selepas harganya cecah $350.

Bayangkan kalau beliau jual BTC pada harga sekarang ini. Fuh!

Heather Delaney

Delaney dari semasa ke semasa melabur sebanyak £5 dalam kripto sebagai sebahagian daripada pelan persaraan beliau, telah membuahkan hasil apabila pelaburannya lonjak 500%.

Beliau tidak tergesa-gesa menukarkan keuntungan kepada tunai, tapi menggunakan strategi menukar kepada aset yang lain ketika pasaran dalam keadaan tak menentu.

Ini kerana beliau lebih memfokuskan kepada pelaburan jangka masa panjang dan untuk objektif pada pelan persaraannya.