Tahun 2021 pernah bongkar, Caprice bagi ‘hint’ mahu kembali dedah perangai sebenar Ebit Liew

Tahun 2021 pernah bongkar, Caprice bagi ‘hint’ mahu kembali dedah perangai sebenar Ebit Liew

Baru-baru ini, kecoh diperkatakan di media sosial mengenai penceramah Ebit Lew yang tampil membantu gelandangan bertatu dari Indonesia.

Difahamkan, Ebit Lew membawa gelandangan tersebut pulang ke Malaysia untuk membantunya mencari rezeki.

Tapi ada pula plot twist apabila netizen siasat gelandangan itu rupa-rupanya influencer yang mempunyai hampir 1 juta pengikut di TikTok.

Di Instagram, penyanyi rap Caprice tampil memberi respon mendakwa dia dah cuba membongkar siapa sebenarnya Ebit Lew sejak 2021. Katanya, pada waktu tu ramai yang tak percaya siap kritik dirinya kaw kaw!

caprice

 

Penyanyi rap ini turut memberi amaran jangan sampai dia mula semula apa yang cuba didedahkannya dulu. Bongkar apa tu?

Menurut Caprice, dia percaya suatu hari nanti kebenaran akan berpihak kepadanya meskipun mengambil masa bertahun-tahun.

 

Dia juga memuat naik screenshot komen netizen yang kini berpihak kepada dirinya. Tak kurang juga yang meminta maaf kerana banyak berburuk sangka terhadap Caprice sebelum ini.