Taikun Bernas, Syed Mokhtar Al-Bukhary berbesar hati umum tambahan lagi RM20j sumbangan bantuan khas bagi diagihkan ‘Abang Mat’ kepada pesawah di 4 negeri

Taikun Bernas, Syed Mokhtar Al-Bukhary berbesar hati umum tambahan lagi RM20j sumbangan bantuan khas bagi diagihkan ‘Abang Mat’ kepada pesawah di 4 negeri

Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM20 juta lagi kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk diagihkan kepada pesawah di empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.

KPKM, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM250 kepada setiap pesawah itu akan memanfaatkan 81,153 orang pesawah berdaftar di negeri berkenaan.

KPKM memaklumkan pembayaran sumbangan itu akan diselesaikan sebelum Jumaat ini bagi pesawah yang mempunyai maklumat lengkap.

“Pesawah di negeri-negeri lain akan menerima bantuan khas tersebut pada peringkat seterusnya setelah baki sumbangan disalurkan oleh BERNAS kelak,” katanya, memetik laporan MalaysiaGazette.

Sebelum ini, sebanyak RM10 juta disalurkan kepada KPKM pada penghujung tahun lalu dan telah diagihkan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ia merupakan sumbangan BERNAS sebanyak RM60 juta kepada pesawah yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 Dis tahun lepas.

Bantuan itu juga merupakan tambahan kepada Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 yang diberikan kepada setiap pesawah seperti diumumkan oleh Perdana Menteri pada 29 Mac lalu.-