Tajuddin dedah plan rahsia Najib dan Tok Mat ‘tendang’ Zahid

Tajuddin dedah plan rahsia Najib dan Tok Mat ‘tendang’ Zahid

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang baru dipecat Tajuddin Abd Rahman mendedahkan terdapat usaha menjatuhkan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi oleh dua orang kuat parti Melayu itu, Mohamad Hasan dan Najib Razak pada Mei 2020.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, perjumpaan tertutup diadakan di rumahnya pada tempoh itu membabitkan pimpinan tertinggi Umno.

“Sebenarnya Zahid sudah lama dianggap tak layak. Mungkin dia boleh bertahan lima enam bulan,” katanya pada satu sidang media di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

“Kita adakan perjumpaan dan kesimpulannya lebih baik dia undurkan diri secara terhormat. Tok Mat duduk situ, Najib duduk situ, Khaled Nordin duduk situ.”

Katanya, gerakan itu bagaimanapun gagal apabila Mohamad atau mesra dipanggil Tok Mat yang juga timbalan presiden Umno membuat pusingan U selepas digertak oleh orang-orang Zahid.

Katanya, Mohamad kemudiannya tidak mengakui penglibatan dalam gerakan tersebut.