Tak cepat rosak & tahan lama! Ini cara simpan susu cair yang dah dibuka

Tak cepat rosak & tahan lama! Ini cara simpan susu cair yang dah dibuka

 

Ruginya bila baru sekali sahaja guna susu cair tapi selepas tiga hari dah basi dan tak elok. Sebenarnya, ada beberapa cara simpan susu cair yang sudah dibuka untuk tahan lebih lama sehingga berbulan-bulan.

Ramai yang masih lagi tidak tahu cara ini dan hanya membiarkan susu cair tersebut basi di dalam peti ais. Jadi, kalau nak tahu ‘rahsiannya’ kena baca artikel ini sampai habis.

CARA SIMPAN SUSU CAIR YANG DAH DIBUKA, BOLEH TAHAN LAMA

SUSU CAIR

Guna bekas kedap udara

Selepas menggunakannya, lebihan susu perlu disimpan di dalam bekas kedap udara. Pastikan bekas tersebut diletakkan di bahagian belakang peti ais untuk lebih sejuk.

2. Bekukan susu

Cara simpan susu cair yang sudah dibuka adalah dengan membekukannya. Cara ini lebih mudah di mana anda hanya perlu menuang lebihan susu ke dalam bekas kiub ais.

Biarkan beku dan boleh cairkannya mengikut keperluan ketika hendak menggunakannya. Mudah kan?

3. Simpan di suhu bilik

Sekiranya susu belum dibuka, simpan di suhu bilik adalah pilihan paling tepat. Ini kerana sekiranya tin terdedah kepada air, ia akan menyebabkan karat dan susu cepat rosak.

CARA NAK TAHU SUSU SEJAT DAH ROSAK

Jangan sesekali menggunakan susu cair yang sudah tamat tempoh kerana boleh mengakibatkan keracunan makanan. Jadi, berikut merupakan tanda-tanda susu cair sudah tidak elok atau rosak:

  • Bau busuk
  • Rasa masam
  • Perubahan kepada tekstur susu (jika susu membentuk tekstur seperti dadih, buang!)
  • Perubahan warna (kuning tua atau coklat)

Jika anda menggunakan susu yang rosak, antara simptom keracunan makanan adalah:

  • Sakit perut
  • Loya
  • Demam
  • Muntah
  • Cirit-birit

Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin jika berlaku tanda di atas.

Semoga bermanfaat!