Tak dapat kawal marah, ibu simbah air panas pada anak sehingga cedera parah kerana habiskan data internet

Tak dapat kawal marah, ibu simbah air panas pada anak sehingga cedera parah kerana habiskan data internet

 

Hanya disebabkan data Internet telefon bimbit dihabiskan, seorang ibu tidak dapat mengawal marah sehingga sanggup menyimbah air panas ke atas anak kandungnya hingga cedera parah.

Wanita itu melakukan tindakan tersebut di sebuah rumah di Sungai Udang, Melaka kira-kira jam 2.56 pagi pada 27 Jun tahun lalu.

Dalam sesi mahkamah hari ini, tertuduh berusia 37 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A kanun sama yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Selain tindakan itu, tertuduh turut didakwa sering memukul anaknya yang berusia 13 tahun, namun perbuatan tersebut terbongkar setelah rakan mangsa menyedari terdapat kotoran seperti kesan luka pada baju sekolah dipakai mangsa.

Rakan mangsa kemudian memaklumkan kepada ibunya, sebelum mereka membuat laporan polis.

Difahamkan, jaminan tidak diberikan dengan mengambil kira faktor tertuduh tinggal bersama mangsa di rumah sama selain dia tidak diwakili peguam.

Mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan dan menetapkan 26 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.Nasib baik, anak ni sempat diselamatkan…