Tak kisah jadi isteri ke-3, kalau ada rezeki model nak rampas suami Ira Kazar

Tak kisah jadi isteri ke-3, kalau ada rezeki model nak rampas suami Ira Kazar

Sejak umumkan pernikahan mereka pada Jumaat lalu, Syamsul dan Ira Kazar dihujani bermacam reaksi daripada netizen. Ada yang mengucapkan tahniah, kerana pengarah tersebut bersikap ‘gentleman’ tidak merahsiakan perkahwinan keduanya itu. Namun tidak kurang juga yang kritiknya susulan tidak berbincang dahulu dengan keluarga mahupun Puteri Sarah Liyana, selaku isteri pertama.

 

Kalau ada rezeki…I akan jadi bini nombor 3 Syamsul ya

Dalam pada itu, di TikTok tular pula satu pengakuan ‘berani’ oleh seorang gadis yang juga bekerja sebagai model tempatan. Tatkala ramai mengecam Syamsul, @mexxrenn_ atau Salwa Furhad sebaliknya menyatakan hasrat mahu menjadi isteri ketiga pengarah terkenal itu pula.

@mexxrenn_

Klau ada rezeki i akn jadi bini no3 syamsul Yusof ya biar bini no2 tu tahu mcm mana rasa nya laki kena rampas

♬ original sound – Barbie 💅🏻 – Barbie 💅🏻

Biar bini no 2 tau rasanya bila laki kena rampas…handsome juga Syamsul, kaya pulak tu

Salwa turut menjelaskan, dirinya mahu lakukan sebegitu agar isteri keduanya merasai betapa peritnya bila suami dirampas orang. Tak cukup dengan itu, dia turut berseloroh ‘tertarik’ dengan Syamsul yang memiliki pakej wajah kacak selain berharta.

 

 

Sondol cepat, asal baik dengan bini no 1 kami tak kecam…jangan lupa ambil hati maknya dulu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen buat julung kalinya ‘menyokong’ kenyataan perampas suami orang. Mereka turut berseloroh ajar tips kepada gadis tersebut, agar dapatkan hati orang tua pengarah itu terlebih dahulu.