Tak lekang panggil sayang, warga emas tiada zuriat setia jaga isteri sakit di wad

Tak lekang panggil sayang, warga emas tiada zuriat setia jaga isteri sakit di wad

Sejak kebelakangan ini, kita kerap dihidangkan dengan cerita k0ntroversi berkenaan rumah tangga melibatkan kesetiaan suami isteri.

Sentiasa ada dengan isteri di wad

Namun begitu, menerusi satu hantaran di TikT0k, seorang pengguna dikenali sebagai Lynnzz, dia telah memuat naik video sepasang suami isteri warga emas yang terlihat begitu ‘sweet’ walaupun sudah berusia.

Difahamkan, pakcik di dalam video itu sentiasa menemani isterinya yang kurang sihat di wad hospital dan kerap kali memberikan kata-kata semangat apabila mahu pulang selepas waktu melawat habis.

Mereka tiada cahaya mata

Menerusi kapsyen yang disertakan Lynnzz, dia memberitahu bahawa pasangan warga emas itu tidak mempunyai anak, namum terlihat bahagia walaupun salah satu daripada mereka sedang diuji.

Pengguna TikTok itu juga menyatakan yang pakcik berkenaan sentiasa datang awal untuk bertemu isterinya walaupun waktu melawat belum lagi dibuka.

Setiap kali hadir, dia terlihat begitu ramah terutamanya dengan staf-staf hspital yang sedang bertugas dan akan melayani isterinya dengan cukup baik.

“Setiap masa pakcik ni ada menemani isterinya. Mereka tiada anak.

“Setiap kali habis waktu melawat mesti pakcik akan salam dan cium isteri dia sambil berkata ‘nanti abang datang lagi sayang’. “Mereka berdua sangat sweet… sayang hingga akhir waktu,” tulisnya.

@_lynnmj_

Pakcik & makcik ni takda anak…tapi setiap masa ada pakcik ada dengan wife die..😌😌setiap kali habis waktu melawat mesti salam & cium wife die.. ‘nanti abang datang lagi sayang’… sweettt sangat🥰🥰 sayang hingga akhir waktu😇😇 fyp kasihsampaisyurga

♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian

 

Mereka memang ‘sweet’ sejak baru kahwin

Menjengah ke ruangan komen, beberapa saudara mara kepada pasangan tersebut telah mengakui bahawa warga emas berkenaan sememangnya sangat akrab sejak mereka baru berumah tangga lagi.

Mereka juga mendoakan agar pasangan yang dipanggil ‘paklang’ dan ‘alang’ itu diberi kesembuhan serta kesihatan yang baik.

Takdir Allah memang terbaik

Rata-rata warganet juga akui bahawa sikap yang ditunjukkan mereka membuktikan tiada zuriat bukan alasan untuk pasangan tidak bahagia.

Mereka yang berada di fasa yang sama juga berharap supaya kehidupan mereka apabila tua nanti seperti pakcik dan makcik tersebut yang saling menjaga apabila sudah lanjut usia.

Bukti tiada anak pun boleh bahagia hingga tua

Semoga mereka dua2 diberi kesihatan yang baik