Tak mahu boros, Anna Jobling ada akauntan peribadi urus kewangan

Tak mahu boros, Anna Jobling ada akauntan peribadi urus kewangan

 

Pelakon Anna Jobling berkata dia melantik seorang akauntan peribadi untuk menguruskan kewangannya dengan lebih sistematik serta memberikan nasihat dalam hal perbelanjaan.

Memetik Harian Metro, pelakon berusia 23 tahun itu berkata dia tidak mahu boros serta mahu memiliki jaminan kewangan kukuh untuk jangka masa yang panjang.

“Mungkin usia 23 tahun masih terlalu muda. Namun, saya enggan membazir masa. Saya nak kerja berterusan.

“Saya pentingkan simpanan dan nak perbanyakkan tabungan. Saya jaga (baik) duit dan tak sewenangnya boros berbelanja. Penting untuk adanya penasihat kewangan,” katanya.
Selepas memiliki kereta, Anna berkata dia menyimpan hasrat untuk membeli rumah pula selepas ini dan sekarang sedang menabung.

“Saya beli juga satu dua beg mewah tapi bukan terlalu gila barangan begitu. Sekarang saya tengah menabung untuk membeli rumah. Itu keutamaan saya sekarang.

“Satu-persatulah. Tapi, saya pun sudah ada pergi tengok-tengoklah (rumah). Saya nak fokus satu-satu, kalau nak, saya akan usaha dapatkannya,” katanya.

Dalam pada itu, Anna memberitahu dia turut mempunyai perancangan untuk terjun dalam dunia perniagaan dalam mengukuhkan lagi kewangannya.

Saya terfikir untuk mulakan perniagaan dalam tempoh masa terdekat. Tapi saya nak fokus lakonan dulu sebab sudah tiga bulan tak masuk set (penggambaran),” katanya.