Tak mesra ketika disapa, netizen dakwa Nad Zainal & Ungku Ismail ‘kekwat’?

Tak mesra ketika disapa, netizen dakwa Nad Zainal & Ungku Ismail ‘kekwat’?

 

Sebuah video memaparkan pelakon, Nad Zainal dan suaminya Ungku Ismail Aziz ketika berada di Festival Ramadan Putrajaya 2023 (FRP 2023), Putrajaya mencuri tumpuan pengguna di aplikasi TikTok.

Menurut laporan Xtra, akaun TikTok @herlaianbabes merakam video berdurasi sembilan saat itu  memperlihatkan pasangan pelakon tersebut berjalan melalui beberapa booth jualan sebelum ditegur oleh individu yang berada di situ.

@herlaianbabes

Alhamdulillah Syukur dah sihat tengok Nad Zainal kita semoga sentiasa sihat insyAllah 🥰 #Festivalramadhan2023 #bajuraya #anjungsyawal #putrajaya #fypシ #fypdongggggggg #bazarraya2023 #bajurayarahmah #herlaianbabe #herlaian #rahmah #fyp

♬ Santai – Faizal Tahir

Menerusi ruangan komen, walau bagaimanapun terdapat segelintir netizen mendakwa pasangan itu seperti menunjukkan reaksi ‘kekwat’ atau kurang mesra ketika disapa oleh individu berkenaan yang berkemungkinan peminat mereka.

Tidak kurang ada juga netizen yang mengatakan Nad dan Ungku sebaiknya melemparkan sedikit senyuman apatah lagi kedua-duanya adalah artis popular.

Senyum la sikit

Dua-dua nampak kekwat?

Sebelum ini, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin pernah dituduh sombong kerana tidak melayan atau membalas lambaian peminat sebelum dia menjelaskan bahawa ‘tidak perasan’ ketika berlaku situasi terbabit.