“Tak perlu berdamai, lepaskan saja!” – Ibu ‘respon’ sidang media Syamsul Yusof

“Tak perlu berdamai, lepaskan saja!” – Ibu ‘respon’ sidang media Syamsul Yusof

Selepas sidang media yang dibuat oleh Syamsul Yusof petang tadi, telah menjawab beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak isteri pertamanya, Puteri Sarah termasuklah menafikan beberapa dakwaan.

Antara butiran yang dinyatakan Syamsul, dia dan isteri keduanya, Ira Kazar akan menyaman pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana mengeluarkan maklumat yang memberi impak negatif kepada mereka.

Selain itu, dia juga menafikan beberapa dakwaan dibuat Puteri Sarah termasuklah berkenaan pengakuan dipukul pada tahun 2020.

 

 

Kenyataan-kenyataan dibuat pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu nampaknya dibalas oleh ibunya sendiri, Datin Patimah Ismail di ruangan komen portal media apabila mengatakan yang tak perlu lagi berdamai dan lepaskan sahaja isteri pertamanya.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian Puteri Sarah apabila bersetuju dengan ibu mentuanya. Dia meminta agar Syamsul ‘memusing’ cerita dan ‘melepaskan’ sahaja dirinya sebagai seorang isteri.

“Oh tahu sakit? Begitu juga rasa seorang isteri yang dicurangi. Allah itu maha adil, kalau begitutak perlu berdamai, lepaskan sahaja!” Tulis Datin Patimah tegas.

 

Terdahulu, isteri kepada penerbit filem terkenal Datuk Yusof Haslam ini telah menyuarakan sokongan terhadap Puteri Sarah dengan memberikan kata-kata semangat apabila mereka sudah ada bukti dan mengatakan semua ini berpunca dari hasutan orang ketiga dalam rumah tangga anaknya.

Walau bagaimanapun Syamsul mengatakan tiada istilah orang ketiga kerana menikah dengan Ira adalah pilihannya sendiri.