Tak perlu sental lagi, ini 5 tips untuk bersihkan dinding dapur kotor terkena percikan minyak

Tak perlu sental lagi, ini 5 tips untuk bersihkan dinding dapur kotor terkena percikan minyak

 

Zaman sekarang ini banyak orang guna kertas dinding untuk elak kotoran melekat di dinding rumah semasa memasak.

Kalau masak sambal tumis atau goreng sotong celup tepung, mesti perasan ada kotoran melekat di dinding sebab percikan minyak, maka lepas siap masak terus lap.

Rupanya ada cara untuk pastikan dinding tak kotor dan jimatkan masa daripada membersihkan ia setiap hari.

Tips ini dikongsikan NorBayaDahalan menerusi aplikasi Lemon8.

Tips kurangkan percikan minyak masa masak sambal

“Saya nak kongsikan cara nak kurangkan sepah percikan minyak semasa masak sambal terutamanya sambal tumis.”

1. Kisar bahan-bahan menggunakan minyak masak

Boleh juga nak kisar macam biasa gunakan air kemudian tumis kosong dulu bahan kisar tanpa isi minyak supaya kering air kisar tadi.

Bila dah kering boleh tambah minyak dan tumis bahan kisar macam biasa sampai pecah minyak dan cili masak.

2. Gunakan kuali non stick

Kuali non stick boleh kurangkan kadar untuk sambal tersebut hangus, biasalah ia akan masa yang lama untuk memasak.

3. Guna kuali besar

Gunakan kuali yang besar supaya kawasan percikan minyak tu jadi luas. Jadi minyak hanya terpercik dalam kawasan kuali sahaja.

4. Guna api perlahan

Bila guna api besar maka sambal akan cepat menggelegak dan mulalah percikan tersebut timbul maka disyorkan api perlahan supaya tidak meruap.

5. Guna penutup dengan lubang kecil

Ini yang paling effektif, pastikan ada penutup periuk yang ada lubang kecil agar wap boleh keluar dan kacau sekali sekala supaya ia tak hangit.

Selamat mencuba!