“Tak promosi LGBT dalam lirik lagu” – Ulas isu Coldplay, netizen setuju dengan tokoh agama Indonesia

“Tak promosi LGBT dalam lirik lagu” – Ulas isu Coldplay, netizen setuju dengan tokoh agama Indonesia

Isu mengenai kehadiran band terkenal Coldplay kini menjadi isu apabila ada pihak mula menentang kehadiran mereka, salah satu asbab yang  ia membuatkan mereka ini kurang senang adalah apabila band tersebut dilihat menyokong LGBT.

Susulan itu, tular satu rakaman video agamawan dari negara jiran yang mengulas isu ini, bagi mereka tidak salah jika Coldplay melakukan konsert di negara Islam kerana peminat-peminatnya lebih cederung ke arah muzik, bukan personalitinya.

Hanya meminati lagu, bukan personaliti

Dalam video tersebut, individu ini tidak menafikan bahawa Coldplay pernah menyatakan bahawa mereka menyokong LGBT, tetapi baginya itu adalah ideologi peribadinya.

“Yang penting tidak ada promosi dan kempen promosi LGBT dalam lirik dan muzik lagu Coldplay, orang yang tonton konsertnya itu kerana ingin menikmati muziknya, bukannya bererti setuju dengan pandangan personalnya. Misalnya saya datang menonton Coldplay, adakah itu ertinya saya sokong LGBT? Tentu sahaja tidak!”

Jelasnya ketika mengulas isu konsert LGBT di Indonesia, cukup hanya sekadar menetapkan syarat untuk tidak mempromosikan LGBT, misalnya kibarkan bendera pelangi, tidak boleh pakai sesuatu yang menunjukkan tema pelangi (simbolik LGBT) di pakaiannya.

Kenyataan yang diberikan itu telah mendapat sokongan netizen dan anggap bahawa apa yang disampaikan ini adalah satu kematangan dalam beragama.

Screenshot 2023 05 19 115157 Screenshot 2023 05 19 115218 Screenshot 2023 05 19 115237 Screenshot 2023 05 19 115304 Screenshot 2023 05 19 115321 Screenshot 2023 05 19 115449

Kalau kita amati, mungkin pihak-pihak tertentu dah tahu kenapa mereka ‘lepaskan’ artis-artis luar negara ini melakukan konsert di negara Islam sebab ada sahaja artis yang jarang ada kontroversi tapi tak lepas masuk Malaysia dan negara-negara tertentu, Boleh tengok balik kat bawah ni.