Tak sampai 24 jam viral, Aisar Khaledd hadiahkan motor dan beri sumbangan buat abang rider
Pempengaruh terkenal, Aisar Khaledd tampil menghadiahkan sebuah motosikal jenis LC135 V8 kepada seorang penghantar makanan hari ini.
Aisar dalam satu hantaran di akaun Facebook berkongsi pertemuan dengan penghantar makanan tersebut di sebuah kedai motosikal.
“Dalam rezeki kita, Ada juga rezeki orang lain. Walau apa pun, rancangan Allah itu lebih baik,” katanya.
Sebelum ini, tular dimedia sosial yang memaparkan seorang penghantar makanan berjalan kaki dipercayai untuk menghantar makanan selepas motosikalnya disita oleh pihak berkuasa.
Video tersebut telah meraih pelbagai reaksi oleh warganet.
Menurut JPJ, motosikal penghantar makanan berkenaan disita kerana lesen kenderaan motor (LKM) sudah tamat tempoh dan ketiadaan insurans.
JPJ mengesahkan melakukan sitaan terhadap kenderaan milik rider itu di ruangan komen video tular tersebut.
“Merujuk pada video di atas, LKM telah tamat tempoh dan insurans tiada.
“Oleh itu JPJ menahan dan sita untuk mengelakkan rider tersebut berlaku kemalangan dan sebagainya disebabkan tiada insurans tersebut.
“Jika berlaku kemalangan rider akan menyusahkan pemandu lain dan juga keluarga kelak. Harap maklum,” katanya di ruangan komen pada Rabu.
Dalam pada itu, JPJ turut mengemas kini dengan menyatakan lesen rider tersebut telah tamat tempoh pada bulan Februari lepas.
“Info terkini, roadtax dan insurans tamat pada 6 Februari 2023,” komennya.
Terdahulu, satu rakaman yang memaparkan keadaan rider yang terpaksa berjalan kaki akibat motosikal disita telah viral di media sosial.
Dalam klip tersebut, rider yang memakai beg galas syarikat pernghantaran dan juga helmet itu masih meneruskan perjalanan di hadapan walaupun motosikalnya disita oleh pihak berkuasa.
Rider tersebut mengorak langkah meninggalkan kawasan sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan JPJ.
Sejak video berkenaan menjadi tular, ia menuai pelbagi komentar daripada netizen. Rata-rata meninggalkan komen yang berbelah bahagi dengan situasi yang terpaksa dilalui penghantar makanan berkenaan.