“Tak sedar saya sangat bergantung pada Farid Kamil” – Diana Danielle mengaku tak boleh hidup tanpa Farid Kamil

“Tak sedar saya sangat bergantung pada Farid Kamil” – Diana Danielle mengaku tak boleh hidup tanpa Farid Kamil

 

Sedia maklum, pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil sebelum ini membuat keputusan untuk bercerai tetapi pada 31 Ogos yang lalu, mereka memaklumkan sudah pun rujuk semula.

Dalam video terbaru yang memaparkan Diana Danielle, dia memberitahu bahawa dirinya sangat memerlukan Farid disisi.

Bahkan, sempat memberi perumpamaan bahawa dia bergantung nyawa dengan Farid bagi menggambarkan bertapa penting lelaki itu dalam hidupnya.

@mutyarabeauty_hq

Saya bergantung nyawa dengan dia🥹 “Saya tak sedar, how much he means to my world” @Diana Danielle Kisah yang sangat memberi inspirasi buat kita semua,Semoga Allah permudahkan segala urusan Diana Danielle & Farid Kamil #podcast #suamiistri #fypシ゚viral #dianadanielle #faridkamil

♬ Ready – Official Sound Studio

Tanpa saya sedar bertapa pentingnya dia dalam hidup saya.

Dalam pada itu, Diana merasakan Farid mampu melindunginya dalam segala perkara dan apabila dalam tempoh tiada suami disisi, pelakon tersebut merasakan ‘kehilangan’ serta rapuh.

Biarpun dia menikmati masa bersendiri, Diana tetap tidak dapat melupakan Farid dan mahukan pengarah tersebut kekal dalam hidupnya.