Tak tahan terus diaibkan, Syamsul dedah sisi Puteri Sarah yang ramai tak tahu

Tak tahan terus diaibkan, Syamsul dedah sisi Puteri Sarah yang ramai tak tahu

 

Tindakan Syamsul Yusof yang enggan melafazkan talak pada 18 April lalu dilihat amat mengejutkan.

Setelah itu, perang media sosial antaranya dan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana dilihat kembali menghangat sejak beberapa hari lepas.

Apa yang pasti, semalam aktres berkenaan akui menyesal tidak merakam bukti perbincangan mereka pada malam tersebut.

Takpe Sarah, macam ni kamu buat suami kamu? Takpe

Kerana terus diugut termasuklah dengan dakwaan video tidak senonoh, sebentar tadi Syamsul pula membuat klarifikasi panjang di Instagramnya.

Pertama, dia menyentuh tentang pemfailan nusyuz di mana katanya segala bukti Sarah berselingkuh ada di dalamnya.

Berbalik kepada malam perjumpaan pula, pengarah ini turut mendedahkan tuntutan jumlah wang dan aset tertentu yang dimahukan oleh Sarah lalu bersetuju.

Terimalah takdir suami kamu telah berkahwin Sarah…Tak terima poligami takpe, kita pisah cara baik

Syamsul tetap dengan pendirian mahu menyelesaikan kemelut mereka dengan baik.

Apa yang dijelaskan bukanlah demi meraih sokongan mana-mana pihak, sebaliknya untuk menepis dakwaan dibuat aktres berkenaan.

Tambah bapa 2 anak ini lagi, katanya pihak mentua juga tidak bersetuju dengan cara yang dibuat oleh Sarah sekarang.

Saya adalah bapa kepada anak-anak kita walau apa pun

Selain meminta Sarah menerima takdir suaminya sudah berkahwin sekali lagi, Syamsul mengingatkan sesungguhnya kedua-dua pihak ada kekhilafan masing-masing dalam konflik ini.

Apa juga yang sudah dikeluarkan oleh Sarah di media sosial, pelakon filem ‘Munafik’ ini terima dengan hati terbuka dan anggap sebagai ujian di penghujung Ramadan.