“Tak takut masuk hospital lagi?” – Nad Zainal ambil ‘supplement’ kurus, netizen luah rasa risau

“Tak takut masuk hospital lagi?” – Nad Zainal ambil ‘supplement’ kurus, netizen luah rasa risau

 

Seperti yang ramai ketahui, aktres jelita iaitu Nad Zainal sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital selama hampir sebulan akibat pendarahan pada bahagian paru-paru.

Walaupun pelakon berusia 32 tahun itu kini sudah kembali pulih semula dan berada di dalam keadaan baik, namun ramai peminat yang masih prihatin dengan keadaan kesihatannya.

Lebih-lebih lagi apabila Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, pelakon Cina Buta itu dilihat mempromosikan makanan tambahan atau supplement untuk menurunkan berat badan.

Namun, perkongsian Nad itu telah mengundang rasa bimbang orang ramai memandangkan dia baru sahaja sembuh dari penyakitnya.

Bukan itu sahaja, netizen turut risau sekiranya makanan tambahan itu boleh mengakibatkan kesan sampingan terhadap kesihatannya.

Malah, mereka juga bimbang jika penyakitnya itu kembali menyerang semula dan meminta pelakon itu untuk berhati-hati dalam mengambil apa-apa suplemen.