Tak wajar jadi idola atau muncul di TV, netizen seru boikot Hafidz Roshdi

Tak wajar jadi idola atau muncul di TV, netizen seru boikot Hafidz Roshdi

Awalnya imej pelakon terkenal Hafidz Roshdi tidak pernah terpalit dengan sebarang masalah disiplin atau isu bersama rakan artis lain. Walau bagaimanapun, satu persatu pekungnya terbongkar apabila akhirnya si isteri mendedahkan perselingkuhan lelaki berkenaan dengan bekas teman wanita. Tak cukup dengan itu, selebriti berkenaan juga telah pun sah lafazkan talak ke atas pasangannya tersebut.

Sampai perlu terima lebih 10 jahitan…Kejadian ada kaitan dengan ‘orang ketiga’

Tapi lebih mengejutkan apabila minggu lalu aktor tersebut telah pun melakukan kekerasan ke atas isterinya sendiri. Ibu kepada Humairah dan juga Umar berkenaan sehinggakan perlu menerima sehingga 10 jahitan dan berkemungkinan menanggung kesan parut kekal di wajahnya. Semua yang berlaku ketika itu juga dikatakan ada kaitan dengan ‘orang ketiga’

Tak wajar menjadi idola, ikon, artis atau apa sahaja bawaan imej di mana-mana layar

Susulan pendedahan satu persatu perbuatan tidak bermoral yang dilakukan Hafidz, salah seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Khairul Hakimin Muhammad menggesa satu tindakan diambil. Jelasnya, pelakon tersebut sudah tidak lagi wajar dijadikan idola, artis atau muncul di mana-mana siaran TV, termasuklah media sosial.

 

Menjengah ke ruangan komen, rupa-rupanya ramai yang turut setuju dengan cadangan tindakan tersebut. Dalam pada itu, rata-rata berpendapat Hafidz Roshdi sepatutnya diberikan pengajaran setimpal sebagai satu kesedaran.