Takiyuddin disahkan positif Covid-19

Takiyuddin disahkan positif Covid-19

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin positif Covid-19, demikian dimaklumkan menurut sumber MalaysiaGazette.

Berita itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi di parlimen sebentar tadi.

“Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili menteri (Takiyuddin) oleh kerana menteri masih terkena (dijangkiti) Covid-19. Saya dimaklumkan bahawa saya mengambil alih tugasan untuk menjawab perkara yang amat penting ini,” kata Wan Junaidi ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, pada September lepas, Takiyuddin pernah menjalani kuarantin kendiri di kediamannya setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini telah pun memutuskan untuk memberikan suntikan dos penggalak kepada semua Ahli Parlimen.