Takut menangis teringat Hafidz Roshdi, sembilan bulan Shuhada elak masak sambal sotong

Takut menangis teringat Hafidz Roshdi, sembilan bulan Shuhada elak masak sambal sotong

 

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz  Roshdi iaitu Shuhada Shukri mengakui sudah sembilan bulan tidak memasak lauk sambal sotong kerana bimbang dirundung perasaan sedih.

Sambal sotong kegemaran Hafidz

Menerusi hantaran di Instagram Story, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri berkata, ini kerana juadah tersebut merupakan menu kegemaran bekas suaminya. Namun, Shuhada kini sudah mampu menyediakan juadah tersebut tanpa rasa sedih lagi.

Selepas sembilan bulan baru boleh masak hidangan ini (sambal sotong) kerana ini adalah makanan kegemaran dia (Hafidz) yang saya masak.

Bukan apa, takut nanti kalau saya masak ada perisa air mata pula. Sekarang, kalau awak semua nak suruh saya masak katering sambal sotong pun boleh.

Dalam pada itu, Shuhada berkongsi perasaan gembira kerana dirinya sudah berada dalam fasa hidup baharu tanpa perlu mengejar cinta manusia.

Bukan nak cakap besar dah move on ke apa tetapi nak beritahu yang Allah Maha Hebat. Dia maha membolak balikkan hati manusia. Hari ini awak sayang dia, esok belum tentu lagi. Jadi, tidak perlu nak kejar cinta. Jom, kejar cinta Allah.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.