Takziah!!! Syeikh Al-‘ALLamah Syeikh Muhammad ‘Ali Al-Sabuni kembali ke rahmatullah
Telah kembali ke rahmatullah Al-‘Allamah Syeikh Muhammad ‘Ali al-Sabuni tokoh Mufassir yang hebat dan menjadi rujukan antarabangsa.
Beliau meninggal pada pagi Jumaat tadi di Istanbul Turki dalam usia 91 tahun.
Karya tafsir Safwat al-Tafasir adalah Magnum Opus beliau dalam bidang tafsir dan menjadi sumber rujukan penting dalam pelbagai disiplin Pengajian Islam.
Karya ini dan lain-lain karya beliau bakal menjadi amal jariahnya yang berpanjangan. Semoga syurgalah tempatnya untuk Al-Marhum.
Saadan Man