Tampal notis ‘hanya OKU tak buang lepas makan’, kedai serbaneka mohon maaf
Walaupun bertujuan mahu menyampaikan teguran mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan, namun cara yang digunakan dan pemilihan perkataan perlulah sesuai serta tiada unsur biadab.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu notis peringatan yang ditampal di sebuah kedai serbaneka di ibu negara, meminta pelanggannya membuang sampah dan mengemas meja selepas makan.
“Tolong buang lepas makan. Hanya OKU (orang kelainan upaya) tak buang lepas makan,” demikian arahan yang tertulis pada notis tersebut.
Notis tersebut tular dan meraih perhatian warga maya selepas dimuat naik oleh seorang individu di laman Twitter.
Permohonan maaf daripada pihak kedai serbaneka berkenaan.
“Nak bagi peringatan kepada pelanggan, tak ada masalah. Tapi, perlu ke buat perumpamaan seolah menghina golongan OKU begini?” demikian ciapan yang mengiringi gambar notis tersebut.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku di Family Mart NU Sentral.
Perkongsian tersebut yang dimuat naik pada pada Selasa meraih lebih 1,300 ulang kicau.
Menjengah laman komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap pihak pengurusan premis yang seolah-olah langsung tiada sensitiviti apabila mengaitkan golongan OKU dalam memberi peringatan kepada orang awam.
Harap budak-budak yang buat mesej macam ni pergi sekolah balik belajar adab.
NETIZEN
Mereka berpendapat, notis tersebut seperti menyamakan orang yang tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan dengan OKU.
“Setakat tulis ‘Tolong buang selepas makan’ pun dah cukup. Tak perlu nak tambah ayat lain. Ini bukan tak ada common sense. Tapi jenis yang mengikut perasaan. Emotional melebihi dari akal fikiran.
“Selalu macam tu la, suka guna kekurangan orang untuk nak nampak kekurangan orang tu paling teruk. Harap budak-budak yang buat mesej macam ni pergi sekolah balik belajar adab.
“Adik aku yang OKU pun reti buang sampah, basuh pinggan lepas masak.
Antara komen netizen yang mengecam tindakan kurang sensitif kedai serbaneka berkenaan.
“Nak ‘savage’ tapi kurang peka dan sensitif; dah la kawasan situ memang ramai golongan OKU. Patut dah biasa kerja situ lagilah cakna,” demikian antara komen netizen.
Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu, kedai serbaneka tersebut memberi maklum balas dan memohon maaf atas apa yang berlaku.
“Satu siasatan segera dan tindakan menanggalkan notis telah dilakukan. Kakitangan di premis itu juga diberi arahan tegas untuk memastikan perkara ini tidak berulang. Sekali lagi, kami memohon maaf,” demikian kenyataan tersebut.