Tampar anak ketika mabuk, suami artis ditahan reman 3 hari
Polis menahan seorang lelaki yang juga suami kepada seorang pelakon kerana disyaki menampar anak perempuannya berusia sembilan tahun di sebuah rumah, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas menerima laporan kejadian pada Ahad.
Katanya, hari ini suspek ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan keterangan pelakon wanita terbabit sudah diambil.
Ashari berkata, dalam kejadian pada Ahad itu, suspek yang disyaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan isterinya.
“Anak pasangan tersebut cuba meleraikan pergaduhan itu, namun suspek menampar mangsa,” katanya, memetik laporan portal akhbar FMT.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.