Tangan ditarik & dicium, penyanyi wanita terkenal dedah jadi mangsa cabul lelaki tak dikenali

Penyanyi terkenal, Ara Johari telah mengalami detik cemas apabila dicabul lelaki tidak dikenali sewaktu selesai mengadakan persembahan di Dataran Nilai, Negeri Sembilan.
Mula2 datang nak bergambar lepastu nak salam
Menerusi perkongsian yang dibuat di Insta Story, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 26 itu menyatakan yang dia secara tiba-tibadihampiri lelaki yang ingin bergambar dengannya.
Dia yang pada awalnya melayan dengan baik lelaki tersebut mula berasa kurang selesa apabila dia mahu bersalaman pula selepas itu.

Datang lagi terus pegang & cium tangan
Tak lama selepas beredar, dia sekali lagi didatangi lelaki tersebut yangmenarik tangannya dan mencium sebanyak dua kali sehingga dia berasa terkejut serta takut.
Melihat dari tindakan biadap lelaki berkenaan, dia telah menjerit dan suspek dipercayai cuba melarikan diri namun berjaya ditahan orang awam.
Kebetulan, pihak polis melalui kawasan tersebut dan lelaki itu terus dibawa ke balai polis.

Ara buat laporan polis
Ara juga telahmemuat naik laporan polis yang dibuat memandangkan tindakan suspek adalah satu bentuk jenayah gangguan seksual.
Suspek sudah ditahan reman pihak polis
Dalam pada itu, memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim memaklumkan yang suspek sudahpun ditahan oleh pihak pengajur dan dibawa ke balai polis.
Kertas siasatan juga telah dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.
Difahamkan, lelaki tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau an permohonan reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Majistret Seremban dan permohonan reman diluluskan selama tiga hari mulai hari ini.