“Tanpa saya dia tiada apa-apa”, Tun M pulang paku buah keras kepada Anwar

“Tanpa saya dia tiada apa-apa”, Tun M pulang paku buah keras kepada Anwar

Dr Mahathir Mohamad berkata Anwar Ibrahim terhutang budi kepadanya kerana naik dalam politik, menolak kecaman berterusan penyokong pemimpin PKR itu beliau menjadi halangan kepada usaha Pakatan Harapan (PH) untuk kembali berkuasa.

Bekas perdana menteri itu berkata, Anwar yang tidak mahu menerimanya selepas kerajaan PH tumbang tahun lepas.

“Saya tak tolak dia. Sebenarnya, Anwar jadi Anwar kerana saya. Kalau tak ada saya, Anwar bukan siapa pun. Saya yang bawa naik dia sampai jadi timbalan perdana menteri,” kata Mahathir dalam wawancara bersama Bernama malam tadi, merujuk kepada tahun 1990-an ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

“Tak ada masalah bagi saya bekerjasama dengan dia. Tapi yang jadi masalah, dia tak nak bekerjasama dengan saya. Lepas tu, dia bagitau, ‘Dr Mahathir ni, dia tak suka kepada saya, tak mahu bekerjasama dengan saya. Sebab itulah kami berpecah’. Jadi sayalah salah.”

Sumber – MalaysiaNow