‘Tarikh 7 Mac sebutan cerai agak significant kerana 8 Mac genap anniversary yang kesembilan’ – Puteri Sarah

‘Tarikh 7 Mac sebutan cerai agak significant kerana 8 Mac genap anniversary yang kesembilan’ – Puteri Sarah

 

Pelakon Puteri Sarah Liyana menyatakan 7 Mac ini bakal menjadi titik noktah mahligainya dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof apabila mahkmah menetapkan untuk prosiding pertama tuntutan cerai.

Sehari sebelum ‘anniversary’

Menurut Puteri Sarah, tarikh itu juga jatuh sehari sebelum hari ulang tahun kesembilan perkahwinannya dengan Syamsul.

Alhamdulillah syukur dan lega segala urusan untuk permohonan cerai dari pihak saya berjalan lancar. Cukup lah sembilan tahun saya menjadi isteri Muhammad Syamsul nampaknya tak ada rezeki.

Kebetulan tarikh 7 Mac sebutan cerai itu agak significant kerana 8 Mac adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang kesembilan.

Puteri Sarah ditemui sejurus usai permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Isnin.

Selain itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin bersedia untuk berdepan dan menjalani proses yang panjang bagi menyelesaikan penceraiannya dengan Syamsul.

Saya tak kisah kalau kes ini berpanjangan. Yang penting saya rasa lega setelah menfailkan penceraian hari ini. Saya akan berangkat menunaikan umrah pada 26 Januari ini. Saya nak tenang-tenang di sana, fokus ibadah.

Harap Syamsul turun

Dalam pada itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memaklumkan anak guamnya berjaya failkan permohonan cerai di bawah seksyen 47 manakala saman telah diserahkan kepada pihak defendan Syamsul.

Saya berharap Syamsul hadir pada tarikh itu agar proses ini tidak berpanjangan.

Kami akan mulakan prosiding mahkamah terhadap Ira Kazar, bapanya, Kazar dan kakak Ira yang secara terang melanggar perintah injunksi yang kekal sehingga sekarang.

Kita akan mulakan dengan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda sesuai jenis perlanggaran dilakukan. Ini perlanggaran paling dasyat di mana pihak sana sepatutnya tidak boleh menganggu defendan sama sekali sehingga kes selesai.

Ini tidak, mereka terus pergi ke luar negara dan bernikah tanpa izin mahkamah di sini yang jelas perbuatan adalah bercanggah perintah injunks.

Sejak lima tahun lalu, konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan selepas kantoi mempunyai hubungan dengan anak pelakon senior Kazar iaitu Ira.

Dua minggu lalu, Syamsul akhirnya bersuara mengenai konflik rumah tangganya apabila mengesahkan sudah berkahwin dengan Ira di Thailand dengan berwalikan Kazar.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.