Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 bagi tahun 2023

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 bagi tahun 2023

 

Tarikh bayaran STR fasa2 tahun 2023 untuk rakyat Malaysia ini akan diumumkan oleh pihak kerajaan selepas bayaran fasa 1 selesai. Bayaran bagi sumbangan tunai rahmah (STR) fasa 1 telah disalurkan. Bermula 17 Januari ini secara berperingkat dan selesai sebelum hujung bulan Januari.

STR DIBERIKAN SECARA BERFASA

Pada bulan Disember lalu, bantuan tunai rakyat telah diperkenalkan oleh kerajaan. Pemberian ini untuk rakyat Malaysia yang memerlukan terutama kumpulan b40 dan miskin. Namun pada 16 Januari 2023, penjenamaan semula BTR kepada sumbangan tunai rahmah (STR) dengan kadar jumlah bantuan yang sama cuma nama ditukar.

KADAR DAN KATEGORI

Bagi sedia maklum, kadar bayaran bagi STR fasa 1 yang masih dijalankan ini melibatkan kategori dan jumlah bantuan yang berbeza akan diterima. Kategori bujang dan warga emas bujang menerima bayaran sebanyak RM100 dan isi rumah (keluarga) menerima sebanyak RM300.

Pembayaran STR diberikan secara kredit terus ke dalam akaun bank semasa yang masih aktif dan secara tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada kad bank.

TARIKH BAYARAN STR FASA2

Untuk makluman umum, tarikh bayaran STR fasa 2 masih belum diumumkan, dijangkakan pembayaran akan diberikan pada suku pertama atau sebelum pertengahan tahun ini. Segala maklumat berkenaan tarikh fasa 2 akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

Sementara menunggu bayaran str fasa seterusnya, anda boleh membuat semakan dan kemaskini maklumat asas jika ada sebarang perubahan.

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Bermula 17 Januari 2023, seluruh rakyat Malaysia sudah boleh membuat semakan dan kemaskini status sumbangan tunai rakyat (STR). Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

Sama seperti MyBKM tahun lalu, anda hanya perlu masukkan maklumat anda untuk semakan status dan kemaskini maklumat.  Buat masa ini kelayakan bantuan STR ini berdasarkan penerima BKM 2022. Untuk permohonan baru berkemungkinan akan dibuka sebelum STR fasa 2.

INFO LANJUT

Pelbagai inisiatif terutama bantuan berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2023. Bantuan-bantuan tersebut disediakan untuk rakyat Malaysia yang memerlukan khususnya bagi kumpulan b40 dan miskin tegar.